Resepi Bihun Goreng Taucu

Bihun atau Mihun ini merupakan jenis makanan dari China yang bentuk seperti mee tetapi lagi nipis. Bihun ini diperbuat daripada beras dan tepung. So, kalau anda diet tak makan nasi konon nya tapi makan bihun serupa macam anda makan nasi sahaja. hehe

Sumber Google
bahan-bahan nya :

  1. 300 gram bihun - siap direbus
  2. 2 genggam taugeh - siap cuci
  3. 2 keping tauhu - potong dadu dan goreng
  4. 2 biji telur - dipukul
  5. Setengah cawan isi udang - cuci dan tos kan
  6. 2 sudu besar cili kisar
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. 1 sudu besar cili sos
  9. 2 sudu besar taucu - letak dalam tapis dan cuci sedikit
  10. Kicap cair masin
  11. Hirisan daun sup atau daun bawang untuk hiasan
  12. Hirisan cili merah untuk hiasan
  13. Bawang goreng untuk hiasan
  14. Bahan-bahan kisar halus
    1. 1 biji bawang besar
    2. 4 biji bawang merah
    3. 4 ulas bawang putih
    4. 1 sudu besar penuh udang kering - rendam 10 min dan toskan

Cara-cara membuat nya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucu dan hancurkan sedikit. Tambah cili kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan udang dan sedikit air, kacau rata
  2. Masukkan tauhu dan telur yang dipukul, tambah sos tiram, sos cili, kacau rata. Masukkan bihun dan gaul rata - api sederhana 
  3. Tambah kicap cair secukupnya - jangan terlalu banyak 
  4. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata. Kemudian mati kan api
  5. Tabur hirisan daun sup atau daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng 
  6. Hidang kan. Siap
Sedap dimakan bersama telur mata kerbau atau telur dadar kosong. Selamat mencuba ya.

0 Response to "Resepi Bihun Goreng Taucu"

Post a Comment