Resepi kali ini memerlukan masa yang lama. So, disarankan untuk mencuba resepi donut coklat dan cheese ini di masa lapang anda. Jom kita tengok resepi donut macam dunkin' donuts ni.
Bahan-bahan nya :
- Setengah kg tepung gandum
- Setengah peket yis segera
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil garam
- Segelas air suam
- Coklat cair - Senang pakai Nutella
- Cheese - Sedap Mozzarella
Cara-cara nya :
- Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula
- Masukkan yis segera, kacau sebati kemudian biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit
- Baki setengah cawan air suam tu, larutkan 2 sudu besar susu pekat tadi & masukkan 1 sudu kecil garam
- Masukkan tepung gandum dalam mangkuk yang sesuai & masukkan 2 sudu besar marjerin tadi dan ramas-ramas sampai sebati seperti serbuk roti
- Masukkan larutan susu tadi ke dalam tepung
- Lepas 20 minit bila yis dah mngembang masukkan juga ke dalam tepung dan uli sampai tak melekat di tangan
- Bila dah jadi doh kita rehatkn doh dalam 30 minit - Boleh tutup dengan kain basah
- Selepas 30 minit bila doh dah naik 2 kali ganda, kita tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin dia
- Pastu kita uli-uli sekejap kemudian kita boleh canaikan doh - jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat
- Kalau untuk donut coklat, masukkan 2 ke 3 sudu Nutella dekat dalam pastu bentukkan bulat macam kuih pau
- Untuk cheese pun sama jugak. Kalau nak sedap guna mozzarella+cheddar cheese
- Dah habis bentuk doh kita biarkan dalam 15-20 minit sampai naik kembang
- Terus goreng, kalau biar lebih dari 20 minit nanti dia jatuh balik dah tak cantik
- Selepas sudah kelihatan kekuningang boleh la angkat dan tos kan minyak
- Selepas itu boleh la tabur gula icing untuk luaran donut seperti dalam gambar dibawah
Selamat Mencuba!!
0 Response to "Resepi Donut Coklat & Cheese ala-ala Dunkin' Donuts"
Post a Comment