Resepi Gulai Ikan Tongkol

Gambar hiasan
Gulai ikan tongkol ni biasa kita tengok mesti orang makan dengan nasi dagang. Senang cerita gulai ikan tongkol sinonim dengan nasi dagang. Kalau di kedai lauk gulai ikan tongkol akan ada dijual sekiranya penjual ada jual nasi dagang. Di sini kami akan kongsi kan bagaimana untuk menyediakan gulai ikan tongkol ini.

Bahan-bahan nya :
  1. Ikan 
  2. 7 ke 8 tangkai cili kering
  3. 4 ulas bawang merah
  4. 4 hiris lengkuas
  5. 1 inci kunyit hidup
  6. 1 sudu kecil rempah biji ketumbar
  7. setengah keping asam keping
  8. Garam 
  9. Gula
  10. Santan 
  11. Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan - optional
Cara-cara nya :
  1. Rebus ikan dengan air asam keping dan garam. 
  2. Kesemua bahan di atas perlu di blend sekali. 
  3. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. hendaklah di kacau selalu yer
  4. Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. 
  5. Masak hingga pecah minyak. Jika ada boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  
  6. Sudah pon siap
Senang je kan. Jom kita memasak!

0 Response to "Resepi Gulai Ikan Tongkol"

Post a Comment