Resepi Karipap yang Gebu & Rangup

Lama sudah kami simpan resepi ini. Tunggu masa yang kerajinan yang tinggu untuk kongsi resepi karipap ni. Jom la cuba buat bila masa dan kerajinan anda ada.

Gambar carian google
Bahan-bahan yang diperlukan
  1. Bahan-Bahan Buat Kulit Karipap
    1. Tepung gandum 1 kg
    2. Marjerin 
    3. Air yang dibancuh dengan sedikit garam
  2. Bahan-bahan inti atau isi karipap
    1. Rempah kari daging 1 bungkus 
    2. 2 sudu kecil cili kisar
    3. Ubi keledek 1 biji
    4. Ubi kentang 2 biji
    5. Daging ayam yang dicincang halus - boleh pakai daging lembu kalau anda mahu
    6. 1 labu bawang besar yang dipotong
    7. Daun bawang
    8. Garam
    9. Gula
    10. Minyak masak
Cara-cara nya ialah :
  1. Kita buat kulit karipap dahulu
    1. Masukkan tepung gandum dan marjerin ke dalam bekas - Marjerin tu nak cairkan dulu pun boleh
    2. Gaul dengan tangan atau senduk sehingga rata - gaul dengan lembut sahaja
    3. Sambil gaul masukkan air bancuhan garam sedikit demi sedikit
    4. Gaul dan uli tepung sehingga menjadi doh atau tepung tidak melekat di tangan - tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik 
    5. Kemudian siap dah kulit karipap
  2. Simpan sementara kulit karipap, fokus buat inti pula 
    1. Panas kan minyak masak dalam kuali
    2. Tumis bawang besar, cili kisar, rempah kari daging, ayam, garam dan gula secukup rasa
    3. Kemudian baru masukan ubi keledek dan ubi kentang, gaul sampai rata
    4. Masukkan sedikit air supaya inti tak terlalu cepat masak
    5. Gaul dan biarkan seketika
    6. Bila air dah agak kering, taburkan daun bawang yang dipotong halus
    7. Siap pon inti karipap
  3. Ambil kulit karipap yang kita da buat tadi, uli kan doh kulit karipap jadi nipis besar tapak tangan bentuk kan bulat
  4. Letakkan inti dalam 1 sudu setengah
  5. Kemudian lipat kan kulit karipap 
  6. Kelim kan kulit karipap tadi supaya inti tidak keluar
  7. Panas kan minyak masak dalam kuali
  8. Goreng la karipap yang sudah siap di kelim
  9. Tos minyak dan hidang kan
Terima kasih dan selamat mencuba. Like Facebook kami di Resepi Malaya Turun-temurun

Tips
- Sebelum kelim, boleh sapu air masak di mulut kulit karipap untuk mengelak karipap terbuka semasa proses menggoreng.

0 Response to "Resepi Karipap yang Gebu & Rangup"

Post a Comment