Resepi Kepak Ayam Madu

Senang je nak buat honey chicken wing ni. Total masa penyediaan hanyalah 45 minit. Tak percaya?. Jom kita tengok bagaimana untuk memasak kepak ayam madu ni.
Bahan-Bahan:
  1. Selonggok kepak ayam -ikot anda la
  2. 1 cawan sos tomato
  3. Cuka putih
  4. Suku cawan sirap pekat (molasses)
  5. Suku cawan madu
  6. 1 sudu kecil sos barbeku
  7. Setengah sudu kecil garam
  8. Setengah sudu kecil lada hitam
  9. Suku sudu kecil paprika
  10. Suku Sudu kecil serbuk cili
  11. Suku sudu kecil cili merah
  12. Suku sudu kecil serbuk bawang putih
  13. Suku sudu kecil serbuk bawang
  14. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan nya :
  1. Sediakan kepak ayam dengan menggunakan pisau yang tajam untuk memotong sendi yang memisahkan sayap dari drumstik. Kemudian, potong sedikit hujung sayap ayam dan buang kulit yang berlebihan dan lap sehingga kering.
  2. Tambah soo tomato, cuka putih, sirap pekat (molasses), madu, sos barbeku, garam, lada hitam, paprika, serbuk cili, cili merah, serbuk bawang putih dan serbuk bawang merah ke dalam periuk yang dipanaskan dengan api sederhana; kacau sehingga sebati. Didihkan sos dan perlahankan api. Didihkan selama 20 minit.
  3. Tuangkan minyak ke dalam fryer elektrik atau dulang ketuhar dan tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 2 inci di bahagian atas. Panaskan minyak pada 375 farenheit.
  4.  Dalam kelompok tiga hingga lima, goreng kepak ayam selama 10 hingga 15 minit atau sehingga ia garing di luar. Letakkan di atas tisu kertas untuk menyerap minyak yang berlebihan. Tunggu ayam sejuk sedikit sebelum kepak ayam digaulkan ke dalam sos madu barbeku.
Total masa 45 minit da siap chicken wings panas lagi boleh ratah atau makan dengan nasi

0 Response to "Resepi Kepak Ayam Madu"

Post a Comment