Resepi Mee Goreng Basah

Resepi mee goreng basah ini dikongsi kan oleh Azie Kitchen . Kami da cuba memang sedap sangat. Tak percaya cuba la buat mee goreng basah ni. Resepi nya ada dibawah yer.


Bahan-bahan nya :
  1. 500 gram mee kuning
  2. 100 gram isi ayam/daging - potong kecil
  3. 2 biji telur - pukul rata
  4. 1 biji buah tomato - potong kasar
  5. 3-4 ulas bawang putih - diketuk
  6. 1 ulas bawang merah - hiris halus
  7. 1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
  8. 3 sudu besar sos cili
  9. 3 sudu besar sos tomato
  10. 3 sudu besar kicap pekat
  11. Garam
  12. 1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer
  13. Minyak
  14. Bahan tabur:
    1. 1 biji cili merah - hiris
    2. Daun bawang
    3. Limau nipis
    4. Bawang goreng

Cara-cara nya :
  1. Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati
  4. Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee
  5. Mee sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang dan cili merah hiris serta bawang goreng

Share la supaya ramai orang dapat menikmati kesedapan nya

0 Response to "Resepi Mee Goreng Basah "

Post a Comment