Resepi Kuih Lepat Ubi Kayu

Jom kita buat kuih lagi. Sedikit introduction untuk kuih lepat ni. Kuih lepat atau nama lain nya kuih belebat ini dihasil kan dengan membungkus didalam daun pisang dan dikukus. Antara kuih lepat yang popular di Malaysia ialah

  1. Lepat Pisang
  2. Lepat Jagung
  3. Lepat Ubi
Kami akan kongsikan resepi untuk membuat kuih lepat ubi kayu


BAHAN-bahan nya :
  1. 1 setengah kg ubi kayu
  2. 200 gram gula merah
  3. 16 sudu besar gula
  4. 2 ke 3 cawan santan
  5. Daun pisang secukupnya
  6. Kelapa putih dicampur dgn garam utk inti 
Cara-cara nya :
  1. Mula kan dengan parut ubi kayu
  2. Lepas tu ambil kain bersih dan perah ubi kayu utk asingkan airnya
  3. Letak ubi kayu dalam satu bekas dan airnya dlm bekas yg lain
  4. Biarkan air ubi kayu yang telah diperap selama 5 minit
  5. Buang airnya dan ambil sagu pada dasar bekas - warna putih melekit
  6. Campurkan bersama ubi kayu yg telah diperah tadi
  7. Masak gula merah dan gula pasir bersama sedikit air 
  8. Bila dah didih boleh tapiskan gula tu
  9. Masukkan air gula merah kedalam bekas berisi ubi kemudian gaul rata
  10. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit - jangan masuk kan sekali gus
  11. Layurkan daun pisang secukupnya
  12. Sudukan adunan kuih ke atas daun pisang kemudian letak inti kelapa putih dan balut kemas
  13. panaskan kukusan dan kukus kuih selama 30 minit
  14. Selepas masak biar kan sejuk dahulu
  15. Akhir sekali, boleh la dihidangkan
*Kredit kepada - qasehququinnie

0 Response to "Resepi Kuih Lepat Ubi Kayu"

Post a Comment