Resepi Pizza Homemade yang senang

Bahan-bahan yang diperlu kan :
  1. Untuk doh Pizza :
    • 200 gram @ 2 cawan tepung gandum
    • 20 gram @ 2 sudu kecil yis segera
    • 3 gram @ setengah sudu kecil garam
    • 5 gram @ 1 sudu kecil gula
    • 10 gram @ 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
    • Setengah cawan air suam untuk menguli
  2. Untuk sos Pizza :
    • 1 biji bawang besar – Dicincang halus
    • 2 ulas bawang putih – Dicincang halus
    • 2 biji tomato – Dicincang halus
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 3 sudu besar tomato puri
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 3/4 sudu teh gula
    • 1 sudu kecil oregano
    • garam & gula
  3. Untuk Topping Pizza :
    • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin - Ikut selera anda
    • Lada benggala hijau atau merah
    • Tomato
    • Cendawan butang 
    • Bawang besar & nenas
    • Keju mozzarella, chedar atau parmesan - Untuk Pizza

Cara-cara nya :
  1. Untuk membuat sos Pizza :
    1. Tumis bawang hingga naik bau
    2. Masuk bahan-bahan untuk sos Pizza tadi 
    3. Masak sampai agak pekat 
    4. Tutup api & sejukkan seketika
  2. Untuk membuat doh Pizza :
    1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak di dalam satu mangkuk
    2. Gaul rata
    3. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan
    4. PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang pakai itu aktif 
    5. Lumur doh dengan minyak zaitun atau majerin dan masukkan dalam plastic bersih
    6. Ramas-ramas doh beberapa minit - lebih kurang 5-10 minit  
    7. Lepas tu keluarkan dari plastic dan masukkan dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak
    8. Tutup bekas dengan plastik cling - Boleh guna kain putih 
    9. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang panas selama 60 minit supaya doh naik sekali ganda - Doh akan memantul kalau kita cucuk cari
    10. Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin nya
    11. Lepas tu rehatkan lagi doh lebih kurang 7 minit
    12. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. 
    13. Canaikan doh jadi bulan agak-agak dalam 2 cm
    14. Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit
    15. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung masa bakar
    16. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza yang dah dimasak tadi dan ditabur dengan cheese
    17. Tabur topping Pizza dan keju parmesan atau keju chedar - untuk lebih CHEEZY  
    18. Bakar Pizza lebih kurang 25 ke 30 minit pada suhu ketuhar 200 darjah celsius. 
    19. Lepastu tinggal hidangkan dan makan


kalau sedap bagitahu dan invite la kami sekali yer. Terima kasih

0 Response to "Resepi Pizza Homemade yang senang"

Post a Comment