Resepi Sos Thai - Manis,Masam & Pedas

Sos Thai ni sedap kalau buat cicah keropok atau ayam goreng crispy. Memang kena dengan tekak kami. So disini kami ingin kongsi kan macam mana untuk buat Sos Thai homemade ini.


Bahan-bahan yang diperlukan : 
  1. 3 ulas bawang putih 
  2. 2 genggam cili api MERAH
  3. Setengah cawan cili padi HIJAU
  4. 2.5 liter air 
  5. Setengah kg gula 
  6. 700 ml jus limau kasturi @ nipis - Ikot korang la
  7. 2 cawan sos cili 
  8. 4 biji mangga muda - mangga BESAR
  9. Air dan tepung jagung - Campur kan
  10. garam 
  11. 1 ikat daun ketumbar - dihiris halus-halus dengan akar nya

Cara-cara nya : 
  1. Bawang putih & cili cili padi blend separuh halus dan campur kan kedua-dua bahan
  2. Blend mangga dengan sedikit air sampai halus 
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk. kecuali air tepung jagung 
  4. Masak dengan api sederhana 
  5. Biarkan mengelegak selama 30minit 
  6. Masukkan garam dan air tepung jagung
  7. Kepekatan dan kepedasan sos ikut selera masing-masing yer
  8. Biarkan masak selama 1 jam
  9. Apabila selepas 1 jam, boleh la tutup api dan tuang sos didalam bekas atau botol yang ada penutup supaya boleh disimpan
**Sos ini boleh disimpan lama tau

0 Response to "Resepi Sos Thai - Manis,Masam & Pedas"

Post a Comment