Resepi Sos Cheese aka Cheesy Cheese

Sos cheese ini ada je dijual dikedai. Tapi untuk sesiapa yang hendak buat sendiri, boleh la ikot resepi sos cheese yang kami kongsikan ini


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 2 ke 4 sudu besar butter
  2. 4 cawan susu segar
  3. 1 sudu besar tepung beras
  4. 1 kiub pati ayam
  5. 10 keping cheesedale - cheese yang letak dekat burger tu
  6. 1 sudu teh Lada Hitam
  7. 1 sudu teh Lada Putih
  8. Suku sudu teh serbuk cili -  ni tak ada pon tidak mengapa
  9. Pewarna kuning telur
  10. Garam
  11. Gula

Cara-cara nya :
  1. Panaskan kuali masukkan butter dengan api sederhana. Kemudian masukkan tepung 
  2. Kacau sehingga sebati dan masukkan susu segar, kiub pati ayam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan serbuk cili 
  3. Kacau lagi sehingga sebati - Pastikan api Perlahan
  4. Apabila telah mengelegak masukkan cheesedale dan kacau perlahan sehinggai cheese cair 
  5. Masukkan 2 ke 3 titik pewarna dan sedikit garam dan gula - garam tu sikit je
  6. Kacau seketika sampai sos dah nampak macam sos
  7. Siap untuk dihidang


Tips
  • Biar kan seketika selepas masak sebelum dihidangkan

0 Response to "Resepi Sos Cheese aka Cheesy Cheese"

Post a Comment