Resepi Sotong Percik

Korang  mesti ingat ayam je ade masak percik ni kan?. Bagi yang memang sudah tahu selain ayam okay la.Bagaimana nak buat sotong percik ni?

sumber google

Bahan-bahan nya :


  1. 1 kg sotong
  2. Garam
  3. Kunyit
  4. Bahan untuk kuah percik
    1. 4 batang serai - diketuk
    2. 2 biji bawang besar
    3. 5 ulas bawang merah
    4. 1 ulas bawang putih
    5. Halia
    6. Kunyit hidup
    7. Cili kering
    8. Asam keping
    9. Gula
    10. Garam
    11. 1 cawan santan pekat

Cara-cara nya :

  1. Cuci sotong sampai bersih kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit
  2. Kukus kan sotong dalam 5 minit sahaja
  3. Kisar sekali semua bahan 2 sampai 7 - bahan untuk kuah percik
  4. Tumis serai sampai bau naik
  5. Bau sudah naik masukkan bahan kisar kemudian pecah minyak, masukkan santan, asam keping, gula & garam
  6. Masak sampai kuah pekat dengan api yang perlahan
  7. Celupkan sotong yang dikukus tadi kedalam kuah
  8. Bakar sotong dengan api besar sambil tuang kuah sikit-sikit atas sotong dan balik-balik kan
  9. Angkat sotong
  10. Tuang kuah apabila nak dihidangkan
  11. Siap dihidangkan
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Sotong Percik"

Post a Comment