Resepi Tauhu begedil Johor yang sedap & popular

Tauhu begedil ini merupakan makanan ringan khas orang Johor. Bagi anda yang sedang mencari berat badan yang ideal sangat sesuai makan begedil ini kerana jumlah protein yang ada pada tauhu. Jom kita cuba buat. 3 langkah je pon


Bahan-bahan nya :
  1. 600 gram tauhu telur
  2. 2 biji telur
  3. 2 sudu besar daun sup, dicincang halus
  4. 1 sudu kecil bawang putih, dicincang halus
  5. 2 sudu besar tepung gandum
  6. 1 sudu kecil lada hitam serbuk
  7. 2 sudu kecil garam
  8. minyak masak secukupnya

Cara-caranya :
  1. Lenyek tauhu telur sehingga lumat lalu tambahkan semua bahan
  2. Kacau hingga sebati
  3. Bahagikan adunan ke dalam 20 bahagian dan bentukkan bulat kemudian leperkan sikit
  4. Sediakan minyak yang cukup di dalam periuk untuk deep frying.
  5. Goreng adunan begedil tadi didalam kuali.
  6. Apabila sudah keperang-perangan, tos da bawa begedil tu keluar
  7. Siap


Alahai~ sedap dan senang

0 Response to "Resepi Tauhu begedil Johor yang sedap & popular"

Post a Comment