Resepi Udang Masak Cili Api

Arini kalau anda perasan. Kami kongsi semua resepi seafood je. Tak tahu la mengapa, mengidam seafood rase nye ni.

Terus rasa nak buat udang masak cili ape. Sebab apa?. Sebab nak buat udang masak cili api ni senang je.

Bahan-bahan nya :
  1. 1 kg ekor udang - harus la di bersihkan
  2. 1 genggam cili padi
  3. 3 batang serai
  4. 1 biji bawang besar
  5. 1 cawan santan pekat
  6. 2 inci kunyit hidup
  7. 2 helai daun kunyit
  8. 1 cawan air
  9. 1 sudu besar serbuk kunyit
  10. garam 
Cara-cara menyediakan nya :
  1. Tumbuk cili padi bersama bawang besar dan kunyit hidup 
  2. kemudian masukkan udang dalam periuk bersama bahan tumbuk tadi tapi jangan hidupkan api
  3. Selepas itu masukkan air bersama santan pekat kemudian kacau hingga rata dan hidupkan api
  4. Masukkan daun kunyit bersama serai kemudian kacau rata dan masak hingga mendidih
  5. Apabila sudah mendidih masukkan garam dan serbuk kunyit 
  6. Kacau lagi hingga rata dan kecilkan api
  7. Apabila sudah masak matikan api dan siap untuk dihidangkan 

0 Response to "Resepi Udang Masak Cili Api"

Post a Comment