Resepi Asam Rebus Batang Keladi Ringkas

Lauk asam rebus batang keladi ini sangat popular di utara. Pergi la mana-mana restoran makanan melayu mesti ada lauk ini. Jangan pergi malam, pergi la siang waktu tengah hari kerana masakan ini sesuai dimakan bersama nasi putih makan tengah hari. Jom kita tengok resepi asam rebus batang keladi yang sangat mudah ini.

Sumber Google

Bahan-bahan nya :

  1. Semangkuk sayur keladi - direbus & toskan
  2. 10 tangkai cili kering
  3. 1 biji bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Segenggam ikan bilis
  6. Setengah hirisan bawang merah
  7. Air asam jawa
  8. Garam
  9. Perasa
  10. Gula
  11. Daun kesom

Cara-cara nya :

  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
  2. Masukkan sayur keladi tadi dalam periuk
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada sayur keladi tu
  4. Masukkan air asam, garam, perasa, gula, ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kesom
  5. Masak hingga mendidih
  6. Padam kan api dan sedia untuk dihidang
  7. Siap!
Selamat mencuba. Senang je kan?

0 Response to "Resepi Asam Rebus Batang Keladi Ringkas"

Post a Comment