Resepi Nuget Ayam bersama Sayur Lazat

Jom Post kali ini kami ingin kongsikan resepi nuget ayam sayur. Resepi yang sangat mudah untuk dipraktik kan. Sedap pon sedap. Jom kita buat sama-sama.


Bahan-bahan nya :

  1. Bahan-bahan di blend sekali
    1. 1 ketul dada ayam 
    2. 1 sudu lada hitam
    3. 1 biji bawang merah dan putih
    4. 1 biji telur
    5. Garam aji secukup rasa
    6. Air sedikit
  2. Daun sup
  3. Telur 
  4. Serbuk nuget
  5. 3 sudu tepung gandum
  6. 2 sudu tepung pulut

Cara-cara nya :

  1. Blend semua bahan-bahan 1 
  2. Siap blend kesemua bahan tadi tuang dalam bekas tambah tepung gandum 3 sudu dan tepung pulut 2 sudu
  3. Gaul rata dan tambah kan hirisan daun sup
  4. Kemudian masukkan dalam loyang dan kukus sampi jadi kental
  5. Lepas itu boleh lah potong ikut suka
  6. Celup kan dengan telur dan tabur kan serbuk nuget
  7. Selepas itu boleh lah goreng
  8. Siap
Selamat mencuba. Kredit resepi ini kpd rashid rahim rashid #mahn

0 Response to "Resepi Nuget Ayam bersama Sayur Lazat"

Post a Comment