Resepi Ayam masak Masam Manis Ringkas

Anda rasa malas nak duduk dapur masak lama-lama harini?. Jom buat lauk ayam masak masam manis. Resepi ini sangat ringkas, cuma bahan sahaja banyak sikit.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 1 biji bawang kuning
  2. 3 ulas bawang putih 
  3. 1 biji lada benggala 
  4. 2 biji cili merah 
  5. Suku cawan kiub nenas 
  6. Lada sulah
  7. Bahan-bahan salutan ayam :
    1. 3 sudu besar tepung gandum 
    2. 2 sudu besar tepung jagung 
    3. Suku cawan air 
    4. Garam 
    5. Lada sulah 
    6. Dada ayam - potong kecil
  8. Bahan-bahan sos masam manis :
    1. 3 sudu besar sos tomato 
    2. 2 sudu besar sos cili limau 
    3. 1 sudu besar sos tiram 
    4. 1 sudu besar gula 
    5. 1 sudu besar cuka 
    6. 1 sudu besar tepung jagung 
    7. 3 kuarter cawan air
Cara-cara nya yang ringkas :

  1. Gaul kesemua bahan salutan ayam 
  2. Dalam mangkuk yang lain, gaul kesemua bahan sos masam manis
  3. Goreng ayam yang disalut hingga keemasan 
  4. Kurangkan minyak sedikit dan tumis bawang kuning dan bawang putih
  5. Masukkan lada benggala dan cili merah. Gaul 
  6. Masukkan campuran sos masam manis dan masak hingga pekat 
  7. Masukkan kiub nenas dan gaul 
  8. Masukkan lada sulah dan gaul 
  9. Masukkan ayam yang digoreng itu tadi dan gaul hingga rata 
  10. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba. 

0 Response to "Resepi Ayam masak Masam Manis Ringkas"

Post a Comment