Resepi Durian Crepe yang Lazat

Penggemar durian. kali ini kami ingin kongsi kan dessert yang sangat sedap. Kenapa sedap? Sebab dessert ni melibatkan buah durian yang diberi nama durian crepe. Jom kita tengok resepi die yang mudah.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan Crepe : 
    1. 5 sudu besar tepung gandum
    2. 1 sudu besar tepung ubi kayu
    3. 1 sudu besar tepung ubi kentang
    4. 1 sudu besar tepung jagung
    5. 1 sudu besar kastad
    6. 2 sudu besar gula aising
    7. 210ml air
    8. 3/4 cawan susu segar
    9. 1 biji telur
    10. 2 sudu besar minyak mazola
    11. Secubit garam
    12. Esen vanila
    13. Pewarna kuning - mencantikkan crepe
  2. Bahan untuk Inti :
    1. 1 cawan susu segar
    2. 1 sudu kastad
    3. 1 sudu gula
    4. Isi durian secukupnya 
    5. Whipped Cream
    6. 1 cup whipped cream

Cara-cara membuat nya :

  1. Masukkan air, telur, minyak, esen vanila, susu segar, dan pewarna kedalam bekas. Kacau sebati
  2. Ayakkan semua tepung kedalam bekas dan kacau hingga tiada ketulan. Tapis adunan supaya adunan menjadi licin
  3. Masak adunan diatas ‘non-stick pan’ dan ketepikan
  4. Satukan susu segar, kastad dan gula kedalam kuali. Kacau dengan api sederhana. Bila sudah pekat, masukkan isi durian dan kacau rata
  5. Pukul whipped cream hingga kental. Pastikan whipped cream dalam keadaan sejuk
  6. Bentangkan 1 keping crepe, dan picit kan sedikit whipped cream di tengah-tengah. Lapiskan dengan inti durian dan balut menjadi bantal
  7. Sejukkan dan sedia dihidang
  8. Siap
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Durian Crepe yang Lazat"

Post a Comment