Resepi Kuih Kaswi Lembut Goyang

Kuih yang amat sedap dibuat sarapan pagi atau minum petang. Rasa nya yang manis dicampur dengan rasa kelapa. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih kaswi yang lazat.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 setengah cawan tepung gandum
  2. 1 setengah cawan tepung ubi kayu
  3. 1 cawan hirisan gula melaka 
  4. 1 cawan gula pasir
  5. 2 helai daun pandan - disimpul
  6. 5 cawan air
  7. 1 sudu besar kicap pekat 
  8. 1 sudu teh rata kapur makan 
  9. Kelapa parut putih
  10. Garam halus

Cara-cara nya :

  1. Masak gula putih, gula melaka dan daun pandan dengan lima cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis. Sukat kembali air gula tadi sebanyak lima cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan
  2. Panaskan kukus. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan sedikit minyak makan. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan
  3. Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata. Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati. Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak. Biarkan kuih betul sejuk sebelum dipotong 
  5. Selepas dipotong, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam
  6. Siap!!
Selamat mencuba. 

0 Response to "Resepi Kuih Kaswi Lembut Goyang"

Post a Comment