Resepi Rempeyek Kacang Tanah

Masakan kali ini yang kami ingin kongsikan anda boleh buat niaga kerana ramai orang menggemari rempeyek kacang tanah ni. Rempeyek kacang tanah selalu nya banyak masak hari raya. Setiap rumah di Malaysia yang menyambut hari raya aidil fitri mesti ada rempeyek kacang tanah ini sebagai hidangan. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan rempeyek kacang tanah.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 paket tepung beras 
  2. 1 cawan ikan bilis - diblend
  3. 1 biji telur 
  4. 2 sudu ketumbar - diblend
  5. 1 sudu jintan putih 
  6. 1 sudu jintan manis 
  7. 1 cawan santan kelapa - tidak perlu pekat sangat
  8. 1 sudu kecil kapur sireh - bancuh dalam air bagi larut 
  9. Garam
  10. Ikan bilis - untuk hiasan 
  11. Setengah kg kacang tanah
  12. Minyak untuk menggoreng 
  13. Acuan rempeyek
Cara-cara nya :

  1. Blend rempah tadi, masukkan dlm adunan tepung
  2. Kemudian masukkan sedikit air, masukkan telur, gaul-gaul bagi sekata, masukkan ikan bilis yang telah di blend tadi, santan, air kapur dan garam
  3. Gaul-gaul bagi sekata dan tambah sedikit air
  4. Panaskan minyak dlm kuali. Masukkan acuan dlm kuali biarkan panas 
  5. Bila minyak sudah panas, angkat acuan dan tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecik dan letakkan kacang tanah dan letakkan 1 ikan bilis
  6. Goreng sampai siap sambil balik-balik kan - api kecil
  7. Siap
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Rempeyek Kacang Tanah"

Post a Comment