Resepi ringkas Kerabu Sotong Kerisik

Resepi ringkas untuk anda. Campak-campak siap kerabu sotong kerisik yang lazat ni.


Bahan-bahan nya :

  1. 500 gram sotong
  2. 1 biji besar buah kuini yang mengkal
  3. 2 kuntum bunga kantan - hiris halus
  4. 2 batang serai - bahagian putih sahaja & dihiris halis
  5. 2 biji bawang besar - hiris halus
  6. 1 setengah sudu besar sos ikan
  7. Setengah biji lemon - perah jusnya
  8. 2 sudu besar kerisik
  9. 1 sudu teh gula halus
  10. 10 ke 15 biji cili padi - hiris halus
  11. 2 biji tomato - potong kecil
  12. Garam

Cara-cara nya :

  1. Bersih kan sotong, kelar-kelarkan ia dan potong sederhana besar, cuci dan toskan
  2. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan celur sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan
  3. Kupas buah kuini, hiris dan potong sederhana besar. Ketepikan
  4. Dalam satu bekas, masukkan bawang, sos ikan, serai, bunga kantan, cili padi, gula, tomato dan kerisik. Kacau rata. Masukkan buah kuini dan sotong, gaul hingga sebati
  5. Perasakan dengan jus lemon dan sedikit garam, rasa dan tambah apa yang perlu sehingga mendapat rasa seimbang
  6. Siap untuk dihidang
Sedap dimakan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi ringkas Kerabu Sotong Kerisik"

Post a Comment