Resepi Bihun Pangsit yang Sedap

Tidak perlu mukkadimah yang panjang. Jom kita lihat resepi bihun pangsit ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 400 gram ayam - potong kecil
  2. 8 ke 10 biji bebola ikan
  3. 3 ke 4 batang crab stick
  4. 1 batang saleri - hiris kasar
  5. 1 kiub ayam "Maggi"
  6. Bahan kisar halus 
    1. 6 biji bawang merah
    2. 6 ulas bawang putih
    3. 6 biji buah keras
    4. 1 sudu besar lada sulah biji
    5. 2 inci halia
  7. Air secukupnya
  8. Garam secukup rasa
  9. Minyak untuk menumis
  10. Bihun - rebus
  11. Hirisan daun sup & daun bawang
  12. Bawang goreng
  13. Sambal kicap
  14. Cili jeruk
  15. Tauhu - goreng & hiris

Cara-cara nya :

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak, masukk ayam dan gaul rata
  2. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan
  3. Tambah bebola ikan dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api
  4. Masukkan bihun kedalam mangkuk yang sesuai, tuang kan kuah
  5. Tabur hirisan daun sup & bawang bersama bawang goreng dan tauhu
  6. Siap dan boleh dihidangkan
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Bihun Pangsit yang Sedap"

Post a Comment