Resepi Sambal Tumis Udang Kering

Resepi kali ini adalah satu alternatif kepada sambal tumis yang biasa. Kerana masakan ini memerlukan udang kering. Sambal udang kering ni sedap dibuat makan bersama nasi hangat, nasi lemak atau sebagai sos cicah cucur kita. Resepi sambal tumis udang ni sangat mudah dan sudah tentu sangat sedap.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 140 gram cili padi minyak
  2. 2 cawan udang kering - rendam hingga kembang & toskan airnya
  3. 2 biji cili merah
  4. 20 ulas bawang putih
  5. 20 biji bawang merah
  6. 4 biji bawang besar - belah 6
  7. 3 biji tomato - belah 4
  8. 200 gram gula melaka
  9. Minyak masak
  10. Garam

Cara memasak nya :

  1. 1. Kisar kesemua bahan 1 sampai 6 
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama 3 biji tomato yang dibelah 6
  3. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pastikan tomato hancur lunyai
  4. Tambahkan sedikit gula melaka dengan sedikit garam - secukup rasa
  5. Kacau selalu supaya tidak berkerak
  6. Setelah sambal menjadi pekat, padamkan api 
  7. Boleh la dihidang kan
  8. Siap
Mudah sahaja bukan. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Sambal Tumis Udang Kering"

Post a Comment