Resepi Udang Galah Masak Bersama Telur Masin

Masakan yang sedap dan resepi nya yang mudah. Terasa betapa sedap nya udang jika dimasak bersama telur masin. Jom kita lihat resepi udang galah masak telur masin ini.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 400 gram udang galah
  2. Setengah sudu kecil garam
  3. Setengah sudu kecil serbuk kunyit
  4. minyak
  5. 3 sudu udang kering - direndam dan dicincang halus
  6. 3 sudu besar butter
  7. 3 biji bawang putih - di cincang
  8. 9 ke 10 cili padi - hiris serong
  9. 2 tangkai daun kari
  10. 2 biji telur masin 
  11. 1 sudu kecil gula
  12. 5 sudu besar susu segar
Cara-cara nya :

  1. Rebus dan Asingkan putih telur masin 
  2. Ambil yang kuning telur sahaja dan hancurkan kuning telur ketika masih panas
  3. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit
  4. Goreng sekejap sehingga udang berubah warna
  5. Angkat dan ketepikan 
  6. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari,udang kering dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi
  7. Kemudian masukkan susu segar dan gula
  8. Kacau rata dan masukkan udang 
  9. Kacau lagi dan masak lagi seketika
  10. Padam kan api dan hidang kan
  11. Siap
Selamat mencuba yer. 

0 Response to "Resepi Udang Galah Masak Bersama Telur Masin"

Post a Comment