Resepi Sambal Tumis Udang yang Power

Tidak perlu panjang cerita, anda pon kemari untuk tengok bagaimana untuk memasak sambal tumis udang ni kan. Maka, mari kita lihat resepi nya.

Sumber Google
Bahan-bahan nya ialah :

  1. 500 gram udang - dibersihkan
  2. Setengah biji bawang besar - potong nipis
  3. 1 batang serai - dititik
  4. Setengah cawan air asam jawa
  5. 2 sudu besar sos tiram
  6. Bahan-bahan kisar :
    1. 3 ulas bawang putih
    2. 4 ulas bawang merah
    3. 2 inci halia
    4. 10 ke 12 tangkai cili kering -dibuang biji terlebih dahulu
    5. 1 biji bawang besar
Cara-cara penyediaan nya :

  1. Panas kan 2 senduk minyak masak kemudian tumis kan bawang besar sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak
  3. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik
  4. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa 
  5. Masak seketika dalam anggaran masa 5 ke 7 minit atau sehingga mendidih
  6. Angkat dan hidangkan
  7. Siap
Mudah sahaja untuk buat lauk tengah hari anda. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Sambal Tumis Udang yang Power"

Post a Comment