Resepi SriKaya Homemade Sedap

Resepi kaya homemade ni banyak dah di internet. Tapi resepi ini special sedikit, rasa nya sebiji macam Kaya Srikaya. Tidak percaya boleh cuba. Resepi ada dibawah.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 cawan gula
  2. 1 cawan air panas
  3. Bahan-bahan blend sekali :
    1. 3 biji telur
    2. 1 cawan gula
    3. 1 sudu kecil esen vanilla
    4. Secubit garam 
  4. Bahan dikacau sekali hingga sebati :
    1. 1 kotak santan 200ml
    2. Sudu besar tepung jagung
Cara-cara penyediaan nya :


  1. Masak 1 cawan gula hingga keperangan kemudian tutup api. Masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula kacau gula sampai cair semua. biarkan sebentar
  2. Panaskan semula gula tadi. Masukkan bahan-bahan blend sekali, kacau hingga sebati
  3. Masukkan pula bahan dikacau seklai hingga sebati
  4. Kacau hingga pekat dan berkilat dgn api yang kecil - Pastikan jgn sampai hangus
  5. Siap dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas

Selamat mencuba ya.

0 Response to "Resepi SriKaya Homemade Sedap"

Post a Comment