Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Popular

Masakan yang sangat popular di restoran-restoran di Malaysia. Pelbagai cara masak kita boleh tengok. Tapi yang mana cara masak yang lagi betul dan sedap. Jom kita tengok bagaimana untuk memasak kailan goreng ikan masin yang sedap.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 1 ikat sayur kailan
  2. 1 keping ikan masin - 2 ke 3 CM
  3. 2 biji bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 3 biji cili merah 
  6. 2 sudu sos tiram
  7. Sos ikan
  8. Gula 
  9. Garam 
  10. Air

Cara-cara penyediaan :

  1. Bersihkan kailan dan ikan masin Potong kecil-kecil ikan masin dan potong sayur kailan sederhana besar
  2. Goreng ikan masin dan ketepikan dahulu
  3. Potong bawang merah, bawang putih dan cili, ketepikan
  4. Panaskan kuali dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan cili dan ikan masin selepas itu dikacau rata
  5. Masukkan kailan, sos tiram dan sedikit sos ikan
  6. Kemudian masukkan sedikit air. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam secukup rasa
  7. Siap dan sedia untuk dihidang
Resepi yang sangat mudah dan lazat untuk dicuba. Anda boleh like FB page kami di Resepi Malaya Turun-Temurun

0 Response to "Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Popular"

Post a Comment