Resepi Kek Gulung Tiramisu @ Tiramisu Swiss Rolled Cake

Hari ini rasa macam ingin kongsikan bersama resepi pastri la. Asyik lauk dan kuih sahaja kan, bosan juga. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kek gulung tiramisu. Untung-untung sedap, boleh buat niaga.


Bahan-bahan nya :

  1. 250 gram krim keju
  2. 200 ml whipping cream
  3. 1 sudu teh jus lemon
  4. Setengah cawan gula kastor
  5. 1 biji kek gulung kopi
  6. 1 cawan air panas 
  7. 1 sudu besar Nescafe 
  8. 100 gram serbuk koko
Cara-cara nya :

  1. Pukul krim keju, whipping cream, jus lemon, dan gula kastor sehingga gebu
  2. Potong nipis kek gulung kopi
  3. Masukkan adunan keju yang dipukul tadi ke dalam piping bag. Pamkan ke dalam gelas hidangan
  4. Susunkan kek gulung kopi di atas adunan keju
  5. Siramkan dengan sedikit air bancuhan Nescafe
  6. Ulangi langkah 3 hingga 5 bagi lapisan seterusnya
  7. Ayakkan serbuk koko ke atas lapisan terakhir
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan
  9. Hias dan sedia dihidangkan
Selamat mencuba yer.

0 Response to "Resepi Kek Gulung Tiramisu @ Tiramisu Swiss Rolled Cake"

Post a Comment