Resepi Nasi Dagang Terengganu Ringkas & Sedap

Kami pasti anda ketahui akan nasi dagang terengganu kerana ianya bukan sahaja merupakan antara juadah yang popular di seluruh Malaysia malahan sedap dimakan. Nasi dagang terengganu lebih enak dimakan dengan gulai ikan tongkol yang penuh dengan aroma yang mengharumkan


Bahan-bahan nya :

  1. 2 cawan beras
  2. 1 cawan beras pulut
  3. 5 ulas bawang merah - dihiris nipis
  4. 1 inci halia - dihiris mipis
  5. 1 sudu besar halba
  6. 2 cawan santan
  7. 1 cawan air
  8. 1 sudu kecil garam

Cara-cara nya :

  1. Basuh dan rendam beras pulut selama 90 minit. Selepas itu, tambah beras biasa dan rendam lagi kedua-dua beras tersebut selama 30 minit
  2. Selepas itu, tapiskan beras tersebut dan letakkanya di tepi dahulu
  3. Kemudian, masukan beras, air dan santan ke dalam satu periuk nasi dan kacau sehingga di bahagian permukaan periuk. Setkan kepada mod memasak nasi
  4. Setelah beras dimasak, tambahkan halba, halia, bawang merah dan kacau sehingga sebati
  5. Akhir sekali panaskan nasi selama 30 minit
  6. Siap
Apa lagi, mudah je kan. Sedap dimakan bersama lauk gulai ikan tongkol

0 Response to "Resepi Nasi Dagang Terengganu Ringkas & Sedap"

Post a Comment