Resepi Kuih Badak Berendam Lazat

Post kali ini kita akan kongsikan resepi kuih Melayu turun temurun. Kuih yang diberi nama kuih badak berendam. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih badak berendam ini.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan Doh :
    1. 2 cawan tepung pulut
    2. 1 setengah cawan perahan air daun pandan
    3. Setengah sudu kecil garam
  2. Bahan Inti :
    1. 2 cawan kelapa parut muda
    2. 1 cawan gula merah
    3. 1 helai daun pandan
    4. Gula pasir - untuk tambah sedikit manis
  3. Bahan Kuah :
    1. 2 setengah cawan santan
    2. 2 sudu besar tepung beras
    3. Setengah sudu kecil garam
    4. 3 helai daun pandan
    5. Sedikit gula 
Langkah-langkah nya :

  1. Cara penyediaan doh :
    1. Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan
  2. Cara penyediaan inti :
    1. Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering
    2. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis
  3. Cara penyediaan kuah :
    1. Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan
  4. Cara-cara terakhir :
    1. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak di atas plastik supaya tidak melekat
    2. Didihkan setengah periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan
    3. Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah
    4. Siap untuk dihidang kan
Selamat mencuba. Memang nampak panjang langkah-langkah nya. Tapi sebenarnya sangat mudah.

0 Response to "Resepi Kuih Badak Berendam Lazat"

Post a Comment