Resepi Kuih Abuk-Abuk yang paling rare sedap nya

Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih tradisional abuk-abuk yang lazat.


Bahan-bahan nya :

  1. 300 gram biji sagu
  2. 1 cawan gula melaka atau gula merah
  3. Setegah biji kelapa parut - bahagian lembut sahaja
  4. Daun pisang - dipotong segi empat sama
  5. Garam secukup rasa
  6. Lidi
  7. 2 helai daun pandan - masuk dalam air kukusan
Cara-cara penyediaan :

  1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan
  2. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata
  3. Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
  4. Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah
  5. Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong 
  6. Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
  7. Kukus selama 30 hingga 40 minit
  8. Sedia untuk dihidangkan 

Resepi kuih tradisional yang sangat mudah untuk dibuat. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Kuih Abuk-Abuk yang paling rare sedap nya"

Post a Comment