Resepi Ikan Pari masak Kicap yang Senang & Lazat

Resepi ini datang nya dari pembaca yang membaca blog kita. Semoga dengan perkongsian beliau, kita dapat sama-sama manfaat kan dengan mencuba la. Senang je, bahan masakan pon tak la banyak mana pon. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan ikan pari masak kicap ini.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 600 gram ikan pari
  2. Serbuk kunyit - untuk gaul bersama ikan pari
  3. Garam - untuk gaul bersama ikan pari
  4. Setengah sudu besar rempah kari ikan
  5. 1 sudu besar cili kisar
  6. 3 sudu besar kicap lemak Jalen
  7. 1 sudu besar kicap manis Jalen
  8. 1 sudu besar kicap pekat
  9. Suku sudu teh cuka makan
  10. 1 biji bawang besar - hiris bulat
  11. 4 ulas bawang putih - diketuk
  12. 1 inci halia - hiris
  13. 1 batang leek - kerat pendek dan rendam
  14. 1 biji tomato - belah 4
  15. 1 biji terung biru - hiris serong sederhana tebal dan rendam
  16. Setengah cawan air
  17. 1 batang kayu manis
  18. 1 kuntum bunga lawang
  19. 1 biji cili merah - hiris memanjang
  20. 1 biji cili hijau - hiris memanjang
  21. 1 tangkai daun kari - dilurut
Cara-cara nya :

  1. Ikan pari dikerat kecil, perap dengan jus limau kasturi 10 minit, cuci kembali, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng hingga masak
  2. Tak perlu sampai garing, cukup sampai masak sahaja. Kemudian, toskan terung hingga kering dan goreng sampai layu, angkat dan toskan. Ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia, daun kari dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Tambah serbuk kari, kacau rata dan tuang air. Masukkan kicap manis, kicap cair dan kicap pekat. Kacau
  4. Masukkan ikan, leek dan hirisan bawang besar. Tambah cuka makan dan gaul rata. Masuk hirisan cili merah dan hijau. Masak sekejap hingga leek dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan terung dan tomato. Gaul dan masak sekejap
  5. Matikan api dan boleh la dihidang
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Ikan Pari masak Kicap yang Senang & Lazat"

Post a Comment