Resepi Kuih Lepat Cendol

Ingat pisang je boleh buat lepat. Cendol pon boleh dilepat kan tau. Resepi yang diberi nama lepat cendol. Jom kita tengok resepi lepat cendol ini.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 1 bungkus besar cendol
  2. 3 cawan tepung beras
  3. 3 cawan santan pekat
  4. 1 cawan gula
  5. Secubit garam
  6. 1 cawan tepung ubi
  7. 2 helai daun pandan
  8. Air
  9. Daun pisang - dilayur kan dahulu
Cara-cara nya :


  1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali 1 bungkus besar cendol dan daun pisang
  2. Masak kan campuran bahan-bahan tadi sehingga pekat
  3. Apabila sudah kelihatan sedikit pekat baru la dimasukkan cendol
  4. Dipadamkan api dapur dan diangkat buang 2 helai daun pandan dalam campuran tersebut
  5. Ambil daun pisang, sudukan 2 sudu campuran bahan tadi keatas daun pisang
  6. Lipat daun pisang dan kukus selama 15 minit
  7. Siap
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Kuih Lepat Cendol"

Post a Comment