Resepi Nasi Arab yang Mudah

Tak perlu pergi restoran arab lagi selepas ini. Harga nasi arab di restoran arab merepek punya mahal. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan nasi arab ni. Bahan-bahan dia pon tak la banyak mana.


Bahan-bahan nya :

  1. 2 cawan beras basmati 
  2. 1 setengah air
  3. 4 sudu besar minyak ghee @ butter
  4. 4 ulas bawang putih
  5. Setengah biji bawang holland - potong bulat
  6. Setengah sudu kecil pewarna kuning - saffron 
  7. 2 sudu besar rempah kabsa
  8. 1 sudu kecil lada hitam
  9. 2 biji cili merah dan cili hijau
  10. 1 biji terung - potong bulat
  11. 1 biji kentang - potong bulat
  12. Bunga kobis - potong kecil
  13. Daun pudina 
  14. Garam
Cara-cara nya :

  1. Panaskan minyak ghee @ butter. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga kekuningan. Masukkan rempah khabsah. Kacau dalam 2 minit dan kemudiannya tuang air
  2. Masukkan kiub ayam, tunggu hingga air mendidih. Perasakan dgn garam secukup rasa. Dah mendidih kuat matikan api
  3. Dalam masa yang sama goreng sayur-sayur yg dipotong bulat tadi iaitu terung, kobis bunga dan kentang hingga layu dan empuk kentang tu. Ketepikan
  4. Susunkan sayur-sayur yang telah digoreng tadi di dalam periuk nasik. Masukkan beras yang telah ditoskan dan kemudiannya tuang rempah khabsah yang telah ditumis tadi. Masakkan nasi tersebut
  5. Bila air nasik dah nak kering, masukkan cili merah dn cili besar serta daun pudina tadi di atas nasi. Tutup periuk dan biarkan nasi masak
  6. Titiskan safron beberapa titik di atas nasi
  7. Siap dan boleh lah dihidangkan 
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Nasi Arab yang Mudah"

Post a Comment