Resepi Mudah Karipap Kosong #karipapkosong

Resepi ni khas untuk yang ada anak yang suka makan karipap tapi tak suka makan inti nya. Daripada anda bazir buat karipap ada inti, baik anda buat je karipap kosong untuk anak-anak anda. Jom kita tengok resepi karipap kosong ni. Sangat mudah dan ringkas.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 kg tepung gandum
  2. 1 sudu besar garam halus
  3. 50 gram lemak sayur - panaskan sampai cair 
  4. 100 gram mentega - panaskan sampai cair
  5. 4 sudu besar minyak - panaskan sampai cair
  6. 350 ml air sejuk
Cara-cara nya :


  1. Sekalikan tepung dan garam
  2. Masukkan bahan yang dipanas sampai cair kedalam tepung
  3. On mixer masukkan air sedikit demi sedikit
  4. Gaul sebati sampai jadi mcm serbuk roti
  5. Masukkan air sedikit-sedikit uli sampai licin
  6. Doh mestilah tak terlalu keras dan tak terlalu lembik supaya senang nak dileperkan
  7. Leperkan dan lipat untuk dikelim
  8. Siap untuk digoreng
Selamat mencuba dan sila like FB page kami di Resepi Malaya turun-temurun

0 Response to "Resepi Mudah Karipap Kosong #karipapkosong"

Post a Comment