Resepi Rahsia Roti John Lazat

Resepi yang dikongsi oleh perniaga roti john yang laku keras. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan roti john yang laku dan lazat.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Roti john - mestilah dibelah tengah
  2. Daging kisar - ayam atau lembu ikot selera anda
  3. Bawang merah - hiris
  4. Cili merah - hiris
  5. Cili api - hiris
  6. 1 sudu serbuk kari 
  7. 4 biji telur
  8. Marjerin
  9. Sos cili
  10. Mayonis
  11. Sos Thousand island
  12. Timun 
  13. kubis
  14. Garam
Cara-cara penyediaan nya :

  1. Satukan telur, daging kisar, bawang hiris, cili hiris, serbuk kari dan juga garam. Pukul sehingga naik buih. Kemudian ketepikan sementara
  2. Sapu roti dengan marjerin. Ketepikan
  3. Sapu kuali leper dengan sedikit marjerin, masukkan campuran telur tadi dan biarkan daging itu sehingga masak
  4. Tekapkan roti tersebut di atas campuran daging. Biarkan sekejap baru diterbalikkan
  5. Bila sudah masak, angkat roti dan letak sayur dan sos
  6. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan sila like FB page kami di Resepi Malaya turun-temurun

0 Response to "Resepi Rahsia Roti John Lazat "

Post a Comment