Resepi Kuih Pulut Panggang Tersedap di Abad ini

Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan pulut bakar atau panggang ini.


Bahan-bahan nya :

  1. Bahan pulut :
    1. 1 kg beras pulut - direndam semalaman
    2. 1 liter santan cair
    3. Secubit garam
  2. Bahan Inti :
    1. Setengah biji kelapa parut
    2. 50 gram udang kering - direndam dan dikisar
    3. 1 sudu makan serbuk jintan manis - disagat dan dikisar
    4. 1 sudu makan serbuk jintan putih - disagat dan dikisar
    5. 2 sudu makan bawang merah - kisar
    6. 1 sudu makan bawang putih - kisar
    7. 1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
    8. 125 gram cili boh
    9. 125 ml air
    10. Garam
  3. Daun pisang
Cara-cara nya :
  1. Cara Penyediaan Pulut :
    1. Basuh beras pulut bersih dan tos airnya. Kukus pulut setengah masak kemudian curahkan campuran santan bersama garam rata
    2. Biarkan pulut dikukus lagi sehingga masak dan angkat. Ketepikan sebentar
  2. Cara Penyediaan Inti :
    1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
    2. Kemudian, masukkan udang kering kisar dan biarkan masak seketika. Masukkan cili boh dan biarkan masak sehingga garing
    3. Kemudian, masukkan kelapa parut bersama air, gula, garam, serbuk jintan manis, jintan putih serta bahan kisaran halia, lengkuas, serai dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan sedikit kering
  3. Ambil daun pisang yang sudah dilayurkan kemudian sapukan minyak dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas
  4. Kemaskan hujungnya dengan lidi atau staples dan bakar sehingga masak
  5. Siap untuk dihidang
Sedap dimakan panas-panas waktu sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba dan sila like FB page kami di Resepi Malaya turun-temurun

0 Response to "Resepi Kuih Pulut Panggang Tersedap di Abad ini"

Post a Comment