Resepi Pau Goreng Kacang @ Pau Goreng berintikan Kacang Merah

Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng juga boleh dilaksanakan. Posting kali ini kami akan kongsikan cara-cara untuk membuat pau goreng kacang merah.


Bahan-bahan nya :

  1. Bahan-bahan Doh :
    1. 250 gram tepung gandum
    2. 5 gram yis segera
    3. 20 gram shortening
    4. Setengah sudu kecil garam
    5. 1 sudu kecil baking powder
    6. 40 gram gula halus
    7. 1 sudu besar susu pekat manis
    8. 110 gram air
  2. Bahan-bahan Inti Kacang Merah :
    1. 250 gram kacang merah - masukkan ke dalam pressure cooker selama 15-20 minit. lembut
    2. 1 ketul gula melaka
    3. 4 sudu minyak masak
    4. 1 helai daun pandan
    5. 3 sudu makan tepung gandum
    6. Garam
    7. Gula
Cara-cara nya :
  1. Cara Penyediaan Doh :
    1. Masukkan tepung gandum, yis, shortening, gula dan garam. Uli sedikit demi sedikit dengan dimasukkan air secara berperingkat dan uli selama 15 minit
    2. Bentukkan doh menjadi bulat dalam anggaran berat 40 gram sebiji doh pau goreng ini. Simpan doh selama 10 minit
  2. Cara Penyediaan Inti Kacang Merah :
    1. Masukkan kacang merah tadi ke dalam blender bersama lebihan air rebusan tadi kacang merah. Blend sehingga betul-betul halus. Tambah air jika kuantiti air kurang
    2. Selepas itu, masukkan ke dalam periuk kacang merah yang siap diblend bersama gula melaka, gula, garam, daun pandan dan baki rebusan air
    3. Masak sehingga pekat dan tambahkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga adunan kacang merah menjadi pekat dan masukkan minyak jagung atau minyak masak. Biarkan sejuk dan gentel menjadi bulat
  3. Ambil doh yang kita sudah simpan selama 10 minit tadi, tepekkan sehingga menjadi bulat leper
  4. Masukkan inti kacang merah dan gentelkan menjadi bulat doh pau. Simpan selama 1 jam
  5. Panaskan minyak pada api sederhana dan goreng sehingga kekuningan
  6. Toskan minyak dan siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan sila like FB page kami di Resepi Malaya turun-temurun

0 Response to "Resepi Pau Goreng Kacang @ Pau Goreng berintikan Kacang Merah"

Post a Comment