Resepi Kuih Talam Keladi Viral Sedap

Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi. Resepi yang kami bakal kongsi ini adalah kuih seri muka keladi atau nama pendek nya kuih talam keladi.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 390 gram tepung beras
  2. 260 gram tepung gandum
  3. 700 ml santan
  4. 1700 ml air
  5. 540 gram gula pasir
  6. Garam
  7. Pewarna ungu
  8. Keladi - dipotong dadu & dikukus
Cara-cara nya :

  1. Campurkan semua bahan ( kecuali pewarna dan keladi ) dan gaul sebati. Kemudian tapis. Bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Masukkan satu bahagian dalam loyang bersama dengan keladi yang dipotong dadu dan kukus hingga separuh masak
  3. Titiskan pewarna ungu pada bahagian lagi satu dan masukkan dalam loyang. Kukus hingga masak
  4. Siap
Sangat mudah resepi nya. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like FB page kami di Resepi Malaya Turun-temurun


Kredit Resepi : FB Aneka Kuih Muih & Dessert

0 Response to "Resepi Kuih Talam Keladi Viral Sedap"

Post a Comment