Resepi Nasi Kunyit Kuning & Lazat @ pulut kuning

Kunyit merupakan salah satu bahan yang sering kali digunakan dalam masakan melayu. Selain memberikan warna kepada makanan ianya juga memberikan bau serta rasa yang enak kepada makanan tersebut. Jom kita tengok resepi nasi kunyit atau pulut kuning yang lazat ini.


Bahan-bahan :

  1. 4 cawan beras pulut 
  2. 2 sudu besar kunyit serbuk
  3. 2 sudu besar garam
  4. 500 ml santan pekat
  5. Pewarna kuning - jika perlu
Cara-cara nya :

  1. Beras pulut direndam 2 jam dengan serbuk kunyit sehingga kuning
  2. Basuh dan toskan beras pulut
  3. Kukus dalam pengukus selama 20 minit
  4. Gaul dengan santan yang telah dicampurkan dengan serbuk kunyit
  5. Letakkan pewarna kuning jika beras tidak berwarna kuning dan Kukus lagi 10 minit
  6. Siap dan boleh dihidangkan
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Nasi Kunyit Kuning & Lazat @ pulut kuning"

Post a Comment