Resepi Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas Letop

Ikan Kembung adalah sejenis ikan laut dalam genus Scomber dan famili Scombridae. Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial. Ikan kembung juga antara ikan faveret orang Malaysia kerana bekalan nya dan harga pasaran nya yang tidaklah mahal sangat. Tanpa melengahkan masa, jom kami kongsikan bagaimana untuk menyediakan ikan kembung kukus air asam ini.


Bahan-bahan yang diperlukan

  1. 3 ekor ikan kembung
  2. Garam
  3. Bahan-bahan air asam
    1. Asam jawa
    2. Air masak
    3. Bawang besar - potong dadu
    4. Tomato - potong dadu
    5. Cili api - hiris kecil
    6. Garam
    7. Belacan sedikit
Cara-cara nya :

  1. Sapu kan ikan dengan garam setelah dibersihkan. Kemudian, kukus ikan tersebut
  2. Setelah daging ikan masak, angkat ikan dan letak diatas pinggan. Ketepikan sementara
  3. Campurkan semua bahan-bahan air asam dalam mangkuk. Gaul sampai rata
  4. Akhir sekali, tuangkan air asam keatas ikan yang sudah siap dikukus tadi
  5. Siap dan boleh dihidangkan
Masakan yang sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Anda boleh juga menggunakan resepi air asam yang popular diblog kami sebagai bahan dan cara untuk menyediakan air asam ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas Letop"

Post a Comment