Resepi Lengkap Mee Kungfu yang Lazat

Kenapa la nama masakan ini kungfu kan. Anda mesti tertanya-tanya. Kami pon tidak pasti mengapa ia diberi nama mee kungfu. Ada yang mengatakan kerana masakan ini cara masaknya macam seni mempertahankan diri kungfu dan masakan ini juga dari masyarakat cina. Oleh itu, diberi nama mee kungfu.


Bahan-bahan nya :
  1. 500 gram Mee kuning
  2. 3 ekor udang - buang kulit
  3. 1 biji telur
  4. 1 Cawan air
  5. 1 Sudu tepung jagung - Dibancuh air
  6. 1 Sudu besar sos tiram
  7. 1 Sudu besar kicap cair
  8. 3 Tangkai cili padi
  9. Suku sudu lada hitam
  10. Suku sudu lada putih
  11. 1 ulas bawang putih
  12. 1 cm Halia - Dihiris
  13. Bunga kobis
  14. Lobak merah
  15. Sawi
  16. Putik jagung
  17. Garam
Cara-cara nya :
  1. Basuh mee dan toskan. Pecahkan telur di mangkuk dan pukul bersama-sama lada putih dan secubit garam
  2. Masukkan mee dan gaul rata. Goreng didalam kuali. Bila dah garing angkat dan letak di pinggan
  3. Dikuali, tumis bawang putih dan halia. Apabila sudah wangi, masukkan udang dan masak seketika
  4. Seterusnya masukkan air, sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Biarkan seketika sehingga mendidih
  5. Rasa kuah mee tersebut dan sesuaikan dengan garam. Masukkan sayur-sayuran, cili padi dan air bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah agak pekat
  6. Matikan api dapur dan tuang kuah tersebut di atas mee tadi
  7. Siap
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun. Kredit resepi ini kpd Fizalgk

0 Response to "Resepi Lengkap Mee Kungfu yang Lazat"

Post a Comment