Resepi Rendang Kupang

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Sekarang, bukan sahaja ada rendang daging malah rendang ayam juga turut popular. Tapi, resepi kali ini kami ingin kongsikan bagaimana untuk menyediakan rendang kupang yang lazat sedap dimakan begitu saja.


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 1 inci lengkuas
  2. 500 ml santan
  3. 1 kg kupang - rendam dengan air asam, cuci bersih dan toskan
  4. 1 keping asam gelugor
  5. 3 helai daun kunyit - hiris nipis
  6. Garam
  7. Gula 
  8. 1 sudu besar kerisik
  9. Bahan-bahan kisar :
    1. 10 biji bawang merah
    2. 5 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
    4. 2 batang serai
    5. 10 biji cili api
    6. 20 biji cili kering - potong halus, rendam air panas dan toskan
    7. 1 sudu kecil belacan
    8. 2 biji buah keras 
    9. 2 batang serai
Cara-cara nya :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan wangi
  2. Masukkn santan, kacau sebati dan masukkan kupang gaul lagi
  3. Masukkan asam gelugor - reneh dalam 20 minit
  4. Tambahkan kerisik dan daun kunyit, gaul lagi, kalau kering tambahkan sedikit air panas
  5. Biarkan atas api kecil selama 10 minit
  6. Angkat dan siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Rendang Kupang"

Post a Comment