Resepi Donat Pisang yang Gebu lazat

Pisang Mas merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla atau 'Lady's Finger'. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu saja, malah pisang Mas juga sangat lazat kalau dibuat donat. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan donat pisang ini.



Bahan-bahan nya :

  1. 250 gram tepug gandum
  2. 1 sudu besar susu tepung perisa original
  3. 5 gram ragi segera
  4. 2 biji pisang mas
  5. 50 gram gula pasir
  6. 40 gram marjerin
  7. Setengah sudu kecil garam
  8. 2 biji kuning telur
  9. 2 titik esen vanila
  10. Gula icing  – untuk salutan
Cara-cara membuatnya :

  1. Masukkan tepung gandum, gula,susu tepung, ragi segera dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati
  2. Kemudian, masukkan pula pisang, kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut
  3. Masukkan pula mentega, esen vanila serta garam dan gaulkan hingga doh sebati. Tutup dengan platic wrap supaya doh naik 2 kali ganda dan rehatkan doh selama 45 minit
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengah seperti bentuk donat atau boleh juga gunakan acuan donat
  5. Susunkan donat diatas dulang dan rehatkan lagi donat tersebut supaya naik 2 kali ganda lagi dalam 30 minit
  6. Akhir sekali, panaskan minyak dalam kuali dan goreng donut hingga keperangan. Angkat dan toskan
  7. Salutkan dengan gula icing yang telah dikisar. Hidangkan
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Donat Pisang yang Gebu lazat"

Post a Comment