Resepi Kacang Panjang Goreng Telur

Masakan yang sangat popular di restoran-restoran makanan tengah hari kerana cara penyediaan nya yang mudah dan mudah untuk membuat kan ia rasa sedap. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kacang panjang goreng telur ini. Boleh kita latih anak kecil kita untuk makan sayur.


Bahan-bahan nya :

  1. 10 ke 12 biji kacang panjang - dipotong serong
  2. 1 biji telur
  3. 3 ulas bawang putih - diketuk 
  4. Setengah labu bawang besar - dipotong nipis
  5. Setengah biji cili merah - dipotong nipis
  6. 1 sudu kecil serbuk kunyit
  7. Garam
Cara-cara nya :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
  2. Masukkan cili merah dan pecahkan telur. Biarkan sebentar
  3. Kacau telur tadi hingga hancur dan goreng lagi biar garing sedikit
  4. Masukkan garam, serbuk kunyit dan akhir sekali kacang panjang
  5. Goreng lebih kurang dalam 2 minit. Kemudian tutup kan api
  6. Siap dan sedia untuk dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Kacang Panjang Goreng Telur "

Post a Comment