Resepi Kari Ketam yang rare

masakan ini kalau cari di restoran-restoran mamak pon belum tentu jumpa. Sangat jarang untuk orang buat kari ketam ini. Tapi tahukah anda bahawa kalau ketam dibuat kari sangat lazat. Jom kita cuba buat kalau tidak percaya. Resepi nya sangat mudah untuk diikut.


Bahan-bahan nya :

  1. Ketam
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 1 inci lengkuas
  4. Rempah kari ikan
  5. Asam keping
  6. Santan
  7. Minyak
  8. Garam
Cara-cara penyediaan nya :

  1. Blend bawang merah dengan lengkuas
  2. Campurkan rempah kari dengan bahan blend tadi
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, lengkuas dan rempah kari yang sudah dicampur tadi. Tunggu sampai naik bau dan kari betul-betul masak
  4. Kemudian masukkan ketam
  5. Baru masukkan santan dan masukkan jugak asam keping
  6. Biarkan sampai mendidih baru perasakan dengan garam
  7. Tunggu sampai masak dan siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Kari Ketam yang rare"

Post a Comment