Resepi Kuih Tengkaras Original orang Banjar

Resepi ini sangat ringkas dan tradisional orang Banjar. Perli menggunakan acuan cara tradisional iaitu tempurung kelapa yg di tebuk. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih tengkaras atau tembakau ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 pek tepung beras
  2. Setengah kg gula pasir
  3. Air masak
  4. Minyak 
Cara-cara menyediakannya :

  1. Masukkan setengah kg gula pasir kedalam air panas dan kacau sehingga menjadi air gula
  2. satu kan air gula dengan 1 pek tepung beras, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan adunan kedalam tempurung yang berlubang halus, adunan akan megalir keluar melalui lubang-lubang tempurung masuk kan kedalam kuali berisi minyak lenggangkan mcm buat roti jala
  4. Goreng sehingga garing dan berwarna perang angkat dan lipat mengikut cita rasa anda
  5. Siap dan boleh la dihidang
Sangat mudah bukan. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Kuih Tengkaras Original orang Banjar"

Post a Comment