Resepi Ringkas Ubi Kayu Goreng Kari

Sedikit pengenalan kepada apa itu ubi kayu. Ubi kayu ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Sudah anda mengenali asal usul ubi kayu, jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan ubi kayu goreng daun kari ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 biji ubi kayu
  2. 1 sudu besar serbuk kari
  3. 2 tangkai daun kari
  4. Garam
  5. Minyak masak
Cara-cara nya :


  1. Potong dengan saiz yang berpatutan ubi kayu tersebut
  2. Selepas itu gaulkan dengan serbuk kari dan sedikit garam
  3. Panaskan minyak dan goreng ubi kayu bersama daun kari hingga garing
  4. Padam kan api dan toskan minyak
  5. Siap untuk dihidang
Resepi yang sangat ringkas dan sesuai untuk dbuat hidangan minum petang atau makan pagi. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Ringkas Ubi Kayu Goreng Kari "

Post a Comment