Resepi Kailan Masak Sos Tiram Super Lazat

Sebut je kailan mesti ingat kailan ikan masin sahaja. Ada lagi satu lagi masakan yang sangat sesuai dan sedap dibuat bersama sayur kailan ni. Masakan yang diberi nama kailan masak sos tiram. Tidak perlu cari resepi di google, bawah ini kami kongsikan bersama resepi kailan masak sos tiram.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 400 gram kailan bunga
  2. 1 biji cili merah - dihiris
  3. Setengah biji bawang besar - dihiris
  4. 2 ulas bawang putih - dihiris
  5. 1 sudu besar minyak
  6. 2 sudu besar sos tiram
  7. Suku cawan air
  8. Gula pasir
  9. Garam
Cara masakan :


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah hingga kekuningan
  2. Masuk sos tiram, air dan sayur kailan. Masak dengan api besar
  3. Akhir sekali masuk garam dan gula
  4. Padam kan api dan siap untuk dihidang
Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas atau nasi goreng cina. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

Tips - Gula pasir digunakan untuk mendapat rasa masakan yang lebih enak kerana masakan yang menggunakan sos tiram sangat sesuai ditambah sedikit gula pasir untuk seimbangkan rasa.

0 Response to "Resepi Kailan Masak Sos Tiram Super Lazat"

Post a Comment