Resepi Keladi Goreng Rangup

Jom kita buat resepi untuk minum petang bersama kopi O panas atau suam. Resepi yang datang turun-temurun daripada orang tua kita, keladi goreng.


Bahan-bahan nya :

  1. 400 gram keladi
  2. 1 cawan tepung beras
  3. 2 sudu besar tepung goreng 
  4. 1 cawan air
  5. 1 sudu besar air kapur sirih
  6. Suku sudu kecil serbuk kunyit
  7. 2 sudu besar bijan putih
  8. 2 cawan minyak masak
  9. Garam 
400 gram keladi

Cara-cara nya :


  1. Keladi dibuang kulit - Pastikan tangan kering semasa mengupas keladi
  2. Potong nipis keladi yang telah dibuang kulit tadi  
  3. Satukan tepung beras, tepung goreng, air, air kapur sirih, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga sebati
  4. Akhir sekali masuk bijan. Gaul rata dan masukkan keladi yang dipotong tadi
  5. Panaskan minyak dan gorengkan keladi itu sekeping-sekeping hingga garing
  6. Toskan dan boleh lah dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Keladi Goreng Rangup"

Post a Comment