Resepi Telur Mata Masak 3 Rasa

Masakan 3 rasa ini sangat popular kalau dimasak dengan ikan terutama nya ikan siakap. Siakap 3 rasa ini sangat popular di setiap restoran seafood di Malaysia ini. Kami mengambil kesempatan masakan 3 rasa ini dengan menukar ikan kepada telur dan ternyata rasa nya sangat sedap dan tidak mengecewakan. Kalau anda tidak percaya, boleh la cuba resepi telur mata masak 3 rasa ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 3 biji telur
  2. 2 sudu besar cili kisar
  3. 1 biji bawang besar - dihiris bulat
  4. 2 biji cili padi - dihiris
  5. 4 helai daun limau purut
  6. 3 sudu besar minyak masak
  7. 1 biji tomato - potong dadu
  8. Suku penuh cawan air
  9. Garam
  10. Bahan-bahan tumbuk kasar :
    1. 3 ulas bawang merah
    2. 2 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
    4. 1 biji cili merah
  11. Bahan-bahan sos :
    1. 1 sudu besar sos tomato
    2. 2 sudu besar sos cili
    3. 1 sudu besar sos ikan
    4. 1 sudu besar gula
    5. 1 sudu besar jus limau nipis
    6. 1 sudu kecil kicap manis
Cara-cara nya :

  1. Panaskan minyak dan goreng telur mata kerbau sebiji-sebiji dan ketepikan sementara
  2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau  
  3. selepas itu, masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing  
  4. Kemudian masukkan campuran bahan sos dan air. Bila mendidih sedikit, masukkan bawang besar, tomato, garam dan daun limau purut. Masak hingga pecah minyak
  5. Akhir sekali tuangkan di atas telur mata kerbau yang kita ketepikan didalam pinggan
  6. Tabur kan cili padi dan siap untuk dihidang
Masakan yang sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih panas-panas. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Telur Mata Masak 3 Rasa"

Post a Comment